Monday 22 December 2014

Pilih Nama Baik Bisnes Boleh Naik

Antara salah satu punca berjayanya perniagaan adalah dalam memilih nama jenama atau syarikat yang betul dan baik. Nama syarikat yang baik pasti boleh berjaya malah menjadi kegemaran orang ramai.

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. (Surah Taha Ayat 8)

Ayat ini menerangkan betapa pentingnya nama yang baik, sudah tentulah nama yang baik itu adalah dari Allah. Ayat ini juga menyuruh manusia agar memilih nama yang baik supaya segalanya berjaya dan sempurna

Anda tahu tak, nama mempunyai aura yang tersendiri dari segi sebutannya dan maksudnya. Bahkan setiap nama yang anda letak pada barangan, jenama atau syarikat anda mempunyai maksud yang tersendiri.

Malah sifat Nama juga mampu dikira dengan beberapa rumusan dan akhirnya dapat dikenal pasti aura nama tersebut. Mari saya bantu anda mencari atau mengenali apa yang tersembunyi pada nama jenama atau syarikat anda.

Contoh Jenama :-

APPLE = 17735 = 28 = 1

Nombor Jenama ini adalah 1, memiliki kemahuan yang kuat untuk menjadi yang terbaik. Sudah mempunyai nilai standard yang tinggi pada jenama dan meletakkan nilai kehebatan pada orang lain. Untuk orang yang cerewet dan jenama perlu memberitahu masyarakat bahawa mereka positif dan hanya bertujuan untuk menjadikan hidup orang lebih baik. Anda menggalakkan orang lain supaya bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kekuatan anda adalah kuat kerja & kuat bermain.



BLOGGER = 2367759 = 39 = 3

Jenama ini akan terkenal sebagai jenama yang menghiburkan; dan jenama ini dilahirkan hebat dalam komunikasi. jenama ini menggalakkan orang bercakap apa yang ada dalam minda mereka, mereka akan mahu orang lain tahu apa yang mereka fikir dan rasa. Jenama ini cepat mesra dan mudah mendapat sorakan/pengikut.

Buat masa ini calculation yang saya jalankan 80% tepat. Anda punya nama bawa maksud apa? Ajukan nama anda saya bagi info PERCUMA!